1 Sept 2013

Berry Kufi Hat Contest by Da' Knit

Salam,

Semalam Atie baru hantar penyertaan Berry Kufi Hat Contest yang dianjurkan oleh Ery dari Da' Knit :) Actually dh lama nampak contest ni tp masa x mengizinkan utk beli pattern, kait & hntr gmbr yg diperlukan spt syarat2 penyertaan..


Ini antara syarat2 contest yg di'copy' dr fb Page Ery :)


Syarat-syarat pertandingan.
1. Terbuka kepada semua warga peminat mengait crochet/knitting.
2. Penyertaan hanya terhad kepada 1 orang 1 pattern sahaja. Da'Knit akan mengambil nama peserta dan nombor resit pembelian sebagai bukti penyertaan.
3. Saiz pattern adalah berdasarkan saiz benang Cotton Jeans YarnArt. Menggunakan benang selain Cotton Jeans YarnART berkemungkinan akan menghasilkan saiz yang sedikit berbeza dari saiz asal.
4. Setiap kopiah yang dikait perlu di ambil gambar bersama pemakainya dan digayakan dengan tema - RAMADHAN/AIDILFITRI - mengikut kreativiti anda.
5. Tarikh pertandingan akan bermula pada 25 Julai 2013 dan berakhir pada 31 OGOS 2013.
6. Gambar WAJIB di-email ke email kami di sindarery@gmail.com beserta nama dan trademark anda.
7. Pattern akan diemail selepas pembayaran diterima dan pembelian boleh dilakukan pada 24hb Julai 2013.

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi:

Hadiah Utama:
6 x Cotton Jeans YarnART + HOOKS bernilai RM154.00
(Seperti di dalam gambar)

Hadiah Saguhati:
Voucher sebanyak RM10.00 (digunakan untuk sebarang pembelian di www.daknit.com) untuk 5 PESERTA BERTUAH.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kami menerusi peti simpanan (inbox).

Sekian,
Ery@www.daknit.com
21 Julai 2013






Bila tgk hadiah yg dijanjikan tu, Atie mmg x lepaskan peluang..So, pada 22/8/2013 Atie berjaya beli pattern Berry Kufi Hat ni ;) sgt happy ok hehe... Disebabkan busy yg amat, Atie x hanya dpt kait kopiah ni pada 31/8/2013 iaitu hari last utk hantar contest..huhu.. Nasib baik preparation dh difikirkan awal2 so that x kelam kabut masa nk hntr penyertaan. Antaranya Atie dh sediakan baju Melayu utk Abg pakai sbg model kopiah, print pattern,fikirkan warna & jenis benang yg nk digunakan dan pastikan line internet tidak meragam ;p 

Atie mula mengait slps Maghrib 31/8/2013, menggunakan yarn yg juga dibeli dari Da' Knit iaitu YarnArt Cotton Jeans. Atie decide utk combine 2 colors iaitu baby blue & lime green :)



Atie 'mengayuh' tangan smpi nk cramp sbb kejar masa sblm 11.59 mlm heee..ye la mana taknya, dh terbayang hasil kopiah dgn warna yg Atie pilih, nk siapkan Abg utk pakai baju Melayu tu, kesian lak kat dia kalau lewat sgt.. Alhamdulillah, I managed to finish the final row at 11.05pm, terus snap gmbr Abg posing as model..mintak dia gayakan susasana Ramadhan/Syawal, spontaneously dia ambil Al-Qur'an & baca surah Al-Fatihah :) hehe...sejuk hati tgk.. katanya "ok la kan, Ramadhan kan sinonim dgn tadarrus al-Qur'an" ..erm betul jugak..x terfikir langsung Atie ;p Then, at about 11.37pm, Atie berjaya upload gmbr penyertaan ke email Ery & pm fb :) alhamdulillah...lega.. just hope for the best :)




* UPDATE : winner announcement :)